Monday, November 1, 2010

Kenapa Masa Aku dgn Dia Sekejap je??

2 nov 2011 6:42 am,, terbuka kisah2 lama antara aku dgn nya..
kenangan manis yang xdapat aku lupa sampai harini..
mungkinkah ini semua sudah takdir ??
atau aku yang bersalah???

15 sept 2006 : my first time date with her,
masa tu aku ada kerja di kajang dan kami keluar makan bersama di D'Kampung..
sungguh indah malam itu..
dan itulah pertama kali aku melafazkan cinta kepadanya..

tatkala usia 18 tahun,
aku telah dilatih untuk membantu operasi di sebuah sykt..
dgn jadual yang padat, dan masa yang singkat..
aku berasa menyesal kerana tidak dapat meluangkan masa dengan nya..

Dia lah orang pengubat duka ketika bersedih,
dia lah tempat mengadu tat kala mempunyai masalah,
dia lah menghilangkan kepenatan ketika kesibukan kerja,
Dan dia lah yang teristimewa buatku..

Saban hari, aku terlupa dengan tanggungjawabku itu,
menyayangi, menghargai, dan memberi kasih syg secukupnya,
aku hanya mementingkan diri sendiri, dan mengikut perasaan,
memang itulah sikap buruk ku dahulu..

Kini hanyalah kenangan bagiku,
Barang pemberianmu itu akan ku jaga & simpan sebaik yang mungkin,
Perfume, gambar, t-shirt, dan juga duit berbentuk'Love'..
Masih lagi dalam keadaan yang baik..

2 nov 2011 :
Kini, aku tidak lagi mahu merasai kepahitan berpisah,
aku mempelajari dari kesilapan yang dulu,
Aku akan menghargai, siapa di sisiku ini,
Dan aku akan menghargai mu lebih dari apa yang kau tahu..

semoga ingatan ku terhaadap mu, tak akan aku lupakan
walaupun kau jauh dari pandangan ku,
walaupun kau masih membenci diri ini,
Maafkan lah segala kesalahanku...

No comments:

Post a Comment